Monday, 8 April 2013

Senandung kasih Khas buat Mu (Selamat Hari Jadi)


Ku panjatkan kesyukuarn atas usia yang diberikan

Allhamdulillah, Ya Allah, syukur dipanjatkan padaMu atas kurniaan usia, masih terus diberi peluang untuk menikmati dunia dan isinya.
Sesunggunhya amat banyak tidak terhitung nilainya pemberian-MU terhadapku, namun terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu. Ampunilah daku. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda. Namun denga limpahan rahmat-Mu jua Engkau masih memberikanku ruang dan pelung untuk mencari redha-Mu. 
Terima kasih ya ALLAH.



Jutaan terimah kasih kpd kawan2, guru2, pensyarah2, terutama kepada kakak, abang Komander Kesatria atas ucapan dan tutut mendoakan saya.a
Memetik kata (ucapan) insan berjiwa besar selaku pendidik Ust Mohd Tarmimi Bin Mat Hussin Yg pernah membimbingku. Amat tersentuh hati dengan kata insan berjiwa besar ini. "SEMAKIN USIA MENINGKAT, SEMAKIN AJAL MENDEKAT".
Terasa kerdilnya diri dgn nikmat yang Tuhan beri, adakah aku pergunakan kesempatan yang ada utk berjuang dan sentiasa berada dilandasan ketaatan terhadap-Nya. Ya Allah teguhkan iman dijiwa, mantapkanlah keikhlasan dihati, kuatkanlah kesabaran agar tetap berpegang pada tali-Mu sehinggah ke hujung nyawa ini.


Pena Untukmu teman

Memetik kata seorang teman, "Selamat Hari Jadi, moga panjang umur & murah rezeki, tak ada hadiah, aku hadiakan ko setangkai doa, Moga persahabatan yang terjalin kekal dunia sehingga akhirat" melambung tinggi memuji diri "Kaulah sahabat yg terbaik macam boboboy, sahabat pelindung macam naruto, shabat sejati macam barbie" Yang ku harapkan darimu teman adalah sebuah keikhlasan dalam peersahabatan, meskipun kita berjahuan setangaki doa dipanjatkan sudah cukup bagiku, moga jalinan ini terus utuh. Ya Allah peliharalah persahabatan kami dunia akhirat.


Khas buat Komander Kesatria UiTM Sabah

Menjadi sejarah dalam hidup ababila menyambut ulang tahun kelahiran bersama komander kesatria. Tersimpan sejuta makna dalam kata ini "once commander forever commander" Terima kasih atas segala usaha yang dilakukan atas tujuan mengenakan saya. saya Redha, kerana mungkin boleh saya katakan inilah asam garam dalam hidup seorang komander.  Ku titip hikmah buatmu sakalian "berpegang teguh atas ikatan yang dibina agar kekuatan kita tetap berpadu" usalah menjadi duri dalam selimut yang akhirnya memakan diri. Bergandinglah dalam satu jalan meskipun jalan itu penuh dengan hamparan kaca. 


Terima kasih atas ucapan yang diberikan, "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Shuaib Najib, Allah selamatkan kamu"
moga Allah selamatkan kalin jua & keseluruhanya. Harapan moga kalian bahagia dunia akhirat, tidak di namakan hidup kalau tiada ujian yang menimpa.


Senandung kasih Bonda & ayahanda

11 April 1992 Terima kasih bonda kerana telah melahirkan dan menjagaku sejak dari kecil hingga dewasa begini. Ku damba dakapan seorang ibu, dakapan yang penuh curahan kasih & sayang bagi anakmu, tika ini ku kehilangan “Doa seorang Ibu” doa yang sangat mustajab disisi  Allah.Terima kasih Ya Allah atas segalanya. Terima kasih kerana Engkau telah berikan aku insan yang agung sedemikian rupa, tinggi budinya, nilai keikhlasan dalam hatinya hanya Engkau yang tahu. Ya Allah pertemukanlah di syurgaMu, ampuni segala dosanya. Al-fatihah.

Buat ayahanda, terima kasih atas curahan kasih sayang yang tidak pernah berbagi. Terima kasih kerana sanggup melayan kerenah anakmu. Terima kasih atas segalanya. Pengorbanan kalian sungguh tiada bandingan, di balas dengan intan permata tidak standing dengan nilai kasih sayang yang diberikan. Ya Allah teguhkanlah hatinya untuk menyayangi kami dunia sampai akhirat.

Doakan aku menjadi anak yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara, insyaAllah..



DoaKu buat kalian

Ya Allah ku panjatkan rasa syukur kehadratmu,
atas segala limpahan nikmat, atas segala cubaan, atas segala anugerah yang Engaku berikan pada hambamu,
sesungguhnya terlalu banyak terlalu banyak yang Engaku berikan kepadaku, dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Ku pohon kepadaMu muliakanlah orang yang menjalinkan silaturahim,
panjangkanlah usia meraka agar terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Lindungilah kami dari segala balah bencan, meskipun terkadang kami terbuai dengan kesedihan, kepahitan yang amat pedih.
Ampunilah kami, apabilah kami merintih nasib kami di hadapanMu. kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi kami harus mengadu?

Tidak sama sekali kami menyesali kewujudan ini, namun kami hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya kami kurang kesabaran, ada masanya kami goyah keimanan, ada masanya kami hanyut dalam bisikan syaitan, Namun atas kasih sayangMu, Engkau tidak pernah membiarkan hambaMu jauh dari rahmatMU.

Ya Muhaimin, Pimpinlah tangan kami, bimbinglah hati kami, berilah petunjuk kepada kami agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.   Sebagai hambaMu yang hina dina, kami tidak akan mencapai segala hajat yang diinginkan, bimbinglah kami agar kami mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan mudah tanpa cela dan dalam keadaan tenang.

Terima kasih Ya Allah, atas suratan pertemuan kami, menjalin persahabatan dan ikatan selama ini, Perkuatkanlah jalinan ini sampai ke syurgaMu Ya Allah.  Peliharalah kami agar terus berpegang teguh pada taliMu. Engkau Maha Besar.

Ya Allah, terimalah permohonan dan perkenankanlah permintaan hambaMu yang menjadi musafir di bumiMu ini.

Amin Ya Rabb.

Saturday, 23 February 2013

Mahalnya Airmata Seorang Lelaki

Air mata lelaik mahal nilainya. Lelaki tidak mudah menitiskan airmata meskipun perasaan dibelenggu kesedihan, kebingungan yang mengepung jiwa sanubari. Mata tidak mudah menitiskan airmat bila panik mencekik, bila masalah kunjung tiba, bila segala macam badai datang melanda. Tetapi selalunya airmata akan menitis perlahan saat dihambat dalam kerinduan. kedukaan dalam kehilangan. menyepi dalam kepasrahan.
bertaubat di atas jutaan kilaf yang dilakukan.


Tidak sembarangan org dapat mendengar luahan hati seorang lelaki. Begitu jua mendengar masalahnya. Bagi lelaki menyimpan masalah adalah lebih baik daripada terbuka lorong hati untuk berkongsi soal peribadi. Cerita? Bila-bila sahaja kerana selalunya lelaki hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian dgn org yang diajak berkongsi. Malah lelaki hanya berkongsi dgn org yg paling dipercayai.


Berbeza dgn wanita. Hatinya tidak punya kekuatan menahan pelbagai persoalan yg melanda?. bercerita, berkongsi, adalah hal yang sering mereka lakukan, malahan ada yang menganggap perkara biasa bg wanita. Amat sulit bg seorg wanita utk menyembunyikan perasaan yang dirasakan.


Perasaan itu termasuklah perasaan suka-duka, benci-sayang, derita-bahagia, sedihb dan seumpamanya yang selalu terdetik dalam naluri seorang wanita. Wanita lebih suka berbicara soal hati dan perasaan, soal memiliki dan dimiliki.


Air mata bg wanita adalah sebuah cara utk mengungkapkan perasaan, bahagia, derita, suka, duka bahkan luka. Selalunya terpancar pd linangan air mata dan isakan tangis seorang wanita. Apabila terjadi hal sedemikian mereka hanya mahu didengari dan diperhati. Mahu dibantu dan diakui keberadaanya. Dan memerlukan sandaran yg dapat menguatkan demi meneruskan langkah kehidupan...




~ AIRMATA BUKAN SANDIWARA ~

Sunday, 17 February 2013

Awan Yang Pilu


Awan yang pilu.


INNALILLAHI WA INNA ILAHI ROJI'UN..
AKHIRNYA ALONG DIJEMPUT OLEH ALLAH JAM 1.50 PETANG 15/02/2012, ALONG
MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR UNTUK MENGHADAP YANG MAHA PENCIPTA.
HILANG SEORANG BAKAL MUJAHID ISLAM DI BUMI BELURAN.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROHNYA...
AL-FATIHAH.

INI MERUPAKAN RENTETAN SERBA SEDIKIT MENGENAI PERJALANAN ALONG BERJUANG DENGAN SAKARATULMAUT.


Saya coretkan kisah ini untuk tatapan teman-teman yang mengenali Along dan pernah bergelar sahabat Along. Begitu besar jiwanya untuk menjadi mujahid islam. Perjalanan kisah ini berdasarkan maklumat yang saya perolehi dari insan yang berprinsip "HIDUP BIAR BERJASA IKHLAS KERANA ALLAH". Inilah insan yang Along sayangi dan pernah bergelar sebagai anak muridnya.





11/02/2013

Aku menerima pesanan ringkas (sms) dari seorang  teman bernama Asyikin. Text pesanan ringkas,  
"Salam, tolong doakan dan solat hajat untuk c along, dia kemalangan agak parah”. Ada yang menyatakan bahawa along dimasukkan ke ICU (Unit kawalan Rapi).Terasa amat sedih mendengar khbar tersebut, namun apakan daya sebagai seorang insan, semuanya atas ketentuan Tuhan. Hanya mampu berdoa dengan pengharapan agar Allah permudahkan segalanya.



12/02/2013

MOHD AFENDY BIN PETER (ALONG). X-PPU SMKBB 2012


Bagi yang mengenali Along,

sama-sama doakan dan bersolat hajat untuknya.
sekarang dia masih di ICU, Hospital Sandakan.
Terlibat dengan kemalangan kelmarin di Kuala Sapi.
Berlaku pendarahan di otak.
Tunggu keadaan stabil, dia akan dibedah...

"YA ALLAH, SELAMATKALAH MURIDKU INI.
PANJANGKANLAH UMURNYA DAN SEJAHTERAKANLAH TUBUH BADAN DAN KESIHATANNYA.. AMIN.

TERKINI MENGENAI ALONG:

Ibunya baru diberitahu oleh DR. pakar, keadaan along semakin kritikal.
Doakan semoga along kuat semangat menghadapi saat getir ini.


BARU PULANG DARI HOSPITAL: TERKINI MENGENAI ALONG.

MASIH KOMA DAN BELUM STABIL: PEMBEDAHAN BELUM DAPAT DIJALANKAN.
BERLAKU PENDARAHAN DALAM OTAK. 

YA ALLAH, SELAMATKALAH MURIDKU INI.
PANJANGKANLAH UMURNYA DAN SEJAHTERAKAN TUBUH BADAN DAN KESIHATANNYA. AMIN...

YA ALLAH, TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN KEKUASAANMU.
YA ALLAH, SELAMATKANLAH MURIDKU, MOHD AFENNDY BIN PETER.
PANJANGKANLAH UMURNYA DAN SEJAHTERAKAN TUBUH BADAN DAN KESIHATANNYA. AMIN..

Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat,
Mungkin juga tidak datang terlalu lambat,
Tetapi pertolongan Allah itu, selalu datang pada saat yang tepat.
Allahhu Rabbi.

By insan yang engkau sayangi Ust Mohd Tarmimi Bin Mat Hussin.


13/02/2013

BARU PULANG DARI HOSPITAL:
ALONG MASIH KOMA. MENURUT DOKTOR, OTAKNYA SUDAH BERHENTI BERFUNGSI.
HAYAT YANG MASIH ADA SEKARANG HANYA KERANA DISOKONG OLEH BANTUAN OKSIGEN. TUBUHNYA JUA SUDAH TIDAK DAPAT MENERIMA AIR YANG DISUNTIK DARI BOTOL.

BIARPAN SUDAH BERADA DI RUMAH TETAPI INGATAN SANGAT KUAT TERHADAP DIA.

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN.
SAMA ADA TERUS DIPANJANGKAN USIA ATAU DENGAN JIWA YANG TENANG DIJEMPUT ALLAH..
ALLAH JUGA YANG MAHA LUAS PENGETAUHANNYA.

By insan yang engkau sayangi Ust Mohd Tarmimi Bin Mat Hussin.



14/02/2013

TERKINI MENGENAI ALONG:
baru dihubungi oleh ibunya.
Along akan dibedah pada hari ini memandangkan dia sudah boleh bernafas sendiri.
Alhamdulillah...
Mari kita sama-sama teruskan berdoa semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah.

By insan yang engaku sayangi Ust Mohd Tarmimi Bin Mat Hussin.



Benarlah, orang yang dah nak pergi akan meninggalkan kegembiraan dan memberi harapan yang amat besar untuk orang disekelilingnya. Dengan harapan mereka gembira sebelum tiba saat berduka. Indahnya aturan Allah sedemikian rupa..



15/02/2013

Terkini:
Baru dihubungi ibu along. Pembedahan yang dijadualkan kelmarin x dpt dijalankan kerana
darah yang beku di dalam otak sudah semakin menutupi saluran pernafasannya.
Along masih bergantung pada bantuan oksigen.

Teruskan berdoa agar segalanya dipermudahkan ALLAH.
"DIA JUGALAH YANG AMAT LUAS PENGETAHUANNYA"




JUMAAT PILU ~


Jumaat pagi:
Baru cakap denga mak along. Dr dah hentikan semua bantuan untuk along..
"YA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA".

INNALILLAHI WA INNA ILAHI ROJI'UN...
AKHIRNYA ALONG DIJEMPUT OLEH ALLAH JAM 1.50 PETANG TADI..
HILANG SEORANG BAKAL MUJAHID ISLAM DI BUMI BELURAN.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROHNYA.
AL-FATIHAH.

"JAM  12.30 PETANG TADI, DALAM PERJALANAN MENZIARAHI ALONG, SINGGAH SOLAT DI MASJID GUM-GUM.
rAKAAT KEDUA IMAM BACA; "IZAA ASHOOBATHUM MUSIIBATUNN QAALUU INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI ROJI'UN".
AKU SUDAH DAPAT MERASAKAN SAATNYA SEMAKIN HAMPIR DAN IA TERNYATA BENAR..


"TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN ALLAH YANG MAHA AGUNG".

By insan yang engaku sayangi Ust Mohd Tarmimi Nin Mat Hussin.


Terasa amat terpukul, apabila hajat tikak kesampaian untuk menziarahimu disaat berjuang dengan maut. Semuanya ketentuhan Allah dek, Allah tahu segalnya. Namun Allah masih beri ruang dan kesempatan untuk menziarahi jenazah adik sekaligus menemaniMu (menghantar) ke tempat engaku disemadikan. Allah beri kesempatan untuk beri penghormatan pada along. Maha Suci Allah yang sungguh luas pengetahuan-Nya. Berkehendak atas segalanya.



16/02/2013

Akhirnya engaku selamat disemadikan, selamat berehat wahai insan yang berjiwa besar. Yakin dan pasti kami akan menyusulmu, lambat mahupun cepat. Namamu terpahat di jiwa seorang insan yang hebat yang menjadi sumber inspirasimu berpegang pada prinsip “Hidup biar berjasa, ikhlas kerana Allah”.. Engkau bercita-cita ingin jadi sepertinya, mendalami ilmu agama sepertinya, malahan pernah bergelar sebagai anak didiknya. Beruntung sungguh dirimu. Pernah suatu ketika engakau bertanya kepadanya.”bagaimana nak jadi macam ust?” insan hebat ini menjawab, “tak perlulah jadi macam ust, jadilah diri sendiri, apa yang engkau lihat pada diri ust yang baik engaku ikut.”. begitu besarnya cita-citamu sehingga ingin menjadi manusia yang hebat, berpegang pada prinsip “Hidup biar bersyukur, Ikhlas kerana Allah”.

Amat bernilainya dirimu, di sayangi orang di sekelilingmu. Mengharap agar segalanya dipermudahkan Allah. Inilah penghormatan terakhir yang mampu sahabatmu lalukan. Selamat berehat wahai pejuang. Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Tuhan semesta alam. Ku panjatkan doa dengan kasih sayang moga engkau tenang di alam sana dan beroleh keampunan dari-Nya.

Dalam perjalanan pulang aku bersama insan yang engaku sanjunng ini. Setiap perjalanan kami di iringi lagu yang ada kaitan tepat dengan mu. Yang lagi indahnya adalah ia di dendangkan olah insan hebat ini. Amat besar jiwanya terhadapmu, sehingga menyatakan “along adalah satu-satunya anak didiknya yang lain dari yang lain” tak mungkin seorang yang tiada pertalian darah dengan kita menyangi kita seperti insan ini menyangimu. Mungkin dalam kegembiraan terselit kedukaan. Hanya Allah yang tahu segalanya. Namun jauh di sudut hati turut merasakanya. Aku kehilangan orang yang slalu bersamaku. Gurau senda, tawa riang mu masih segar di benak fikiranku. Sehingga pada malam itu menitis airmata mengenang kesah lalu. Hatiku meronta-ronta, timbul banyak tanda tanya. Bagaimana ka nasib ku nanti?

Semuanya urusan Allah along, Allah lagi sayangkan along, selamat berehat  Along yang kami cintai dan kami mempunyai sejuta alsan untuk terus memahat rasa sayang dan cinta buatmu. 

Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami teman yang sebaik ini. Dalam kesempatan sedikit kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap teman kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.


Dendangan seorang guru buat anak didiknya.


Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat .

Nostalgia.Shoutul amal





Thursday, 24 January 2013

Uswatun Hasanah

Uswatun Hasanah

Mungkin selama ini kita tidak jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikon dalam kehidupan kita malah kita jadikan selain Nabi Muhammad SAW sebagai ikon kita selama ini.. ketauhilah pada diri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah sebaik-baik tauladan bagi seluruh manusia. Keperibadian Baginda adalah yang paling baik.Hanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sahaja dalam catatan sejarah yang menjadi ‘Uswatun Hasanah’ (contoh tauladan) dalam segala macam aspek kehidupan. Banyak pekara yang boleh dipelajari dan dicontohi daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;(contoh tauladan) dalam segala macam aspek kehidupan. 

Tidakkah kita semua rase bersalah dan berdosa kepada Allah SWT kerana kita lupa kepada-Nya..dan mungkin kita lupa kepada utusan-Nya Nabi Muhammad SAW?? Sedangkan Rasulullah S.A.W itu sentiasa mengingati dan merindui kita sehingga terdapat suatu kisah..
Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :


"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :

"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :

"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :

"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :

"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"


Nabi berkata :

"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :

" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"


Sedarlah kita wahai manusia. Hidup kita hanya sekali dan kita tidak tahu bila kita akan kembali kepada Allah SWT. Semoga hidup kita ini memberi maafat dan kita gunakan dengan sebaik mungkin supaya tidak timul penyesalan di hari kemudian. Bangkitlah wahai umat Muhammad SAW pertahankan akidah dan imanmu berpaksikan Al-quran dan sunnah Junjungan. InsyaAllah pasti akan berjaya didunia mahupun diakhirat.
ku seru pada semua agar kita agar perbanyakan berselawat kepada baginda. Semoga kita mendapat syafaat-Nya.  InsyaAllah...

Teruskan perjuangan, kita bukan pemula dan bukan pengakhir tetapi kita adalah penyambung warisan yang murni.
Alhamdulillah, jikalau kita sudah sedar, marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah SWT dan mencintai Nabi Muhammad SAW. 

Berkasih sayanglah sesama insan dan tolong menolong antara satu sama lain saling mendoakan moga keutuhan tetap terjalin..We will be the greatest of Ummah, InsyaAllah..

Baik dari Allah, yang kurang baik dari kelemahan saya sebagi seorang hamba Allah. Yang baik kita jadikan pedoman yang buruk kita jadikan sempadan. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. 


wallahualam...

Salam Mauridur Rasul 1433H/2013

Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013..

Tanya sama Hati     
Mana Letaknya Iman
 Nanti Jawab Hati Tanyalah Badan...




Assalamualaikum, lama rasanya tak update blog. Sedar tak sedar kita diambang penghujung tahun 2012. Moga kenangan lalu menjadi iktibar buat kita untuk bangkit memperbaiki diri pada tahun akan 2013. Berkata bijak pandai, "Nikmat dunia tidak pernah habis dikejar. Biarpun dunia berlari. Sudah tiba masanya untuk kita berjalan bagi mengutip segala amal yang tertinggal. Dan sudah tiba masanya  kita harrus membuang kotoran dalam diri kita agar kelak tidak menjadi bebanan di Padang mashyar.


Sedarlah kita, tanah yang kita pijak ini kepunyaan Allah, Langit tempat kita berpayung juga kepunyaan Allah, udara yang kita hirup juga kepunyaan Allah. Andainya kita pernah berbuat murka. Sudah sampai masanya untuk kita berhijrah menampal segala kekurangan diri. Alhamdulillah dalam pada masa sama Allah masih membenarkan kita untuk membuka lembaran baru di muka bumi ini. 


Sedikit renungan hati, berpegang pada hati sahaja tidak cukup kerana hati itu sifatnya berbolak-balik. syariat mengariskan agar kita berpegang pada akidah yang menjadi benteng hati untuk menghalang hati mengeluarkan percakapan yang berbentuk kejahatan. Panduan syariat bersifat pasti akan dapat membimbing hati ke arah kebaikan yang hakiki.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“ketauhilah bahawa di dalam badan kita ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketauhilah, itulah hati” HR Bukhari dan Muslim. 


Melalu hadis ini dapatlah kita fahami bahawa hati adalah raja. Jika baik hati kita, Insyallah seluruh anggota badan kita akan menerima perintah baik dan begitulah sebaliknya...
                   


Peliharalah Hati 
Jaga Diri, Hiasi Peribadi
 Selamat Tahun Baru 2013...

Thursday, 21 June 2012

KEHILANGAN SEBUAH MAHLIGAI..


Hari ini genaplah 3 tahun diriku kehilangan mahligai yang amat berharga,
hidup yg ku lalu kini bagi pantai yg sentiasa dilambung ombak,
meniti saat bersama dirimu terkenang sewaktu titisan airmata membasahi pipi tika itu,
kini ku sedar bahawa titisan airmata itu lah menjadi tanda tika diriku mencium dan memeluk dirimu adalah detik terakhir diriku mengucup tangan dan dahimu. 

Dikau pergi tanpa kerelaan diriku, 
dikau pergi tanpa pesanan, 
dikau pergi bersama penderitaan,
dikau pergi bersama harapan yg menggunung,
dikau pergi tanpa diriku dapat menatap wajah sucimu,
airmata menjadi peneman dikala diriku merinduimu,
kesempatan yg ku peroleh adalah menatap makammu,
meniti detik yg indah mustahil berulang kembali.

ku panjatkan padamu Ya Allah berilah keampunan padanya,
tempatkanya ditempat yg mulia, ampunkan segala dosanya,
peliharalah ia sepertimana yg mendidik dan menjagaku dengan penuh kasih sayang,
abadikanlah segenap memori kami bersama moga luhur kasiku padanya,
Kini ku tahu bagaimana perasaan kehilangan insan yg cukup istimewa dalam diri kita.

kini ku rasa bagaimana kehilangan dirinya,
kini ku sedar kepahitan, penderitaan yg terpaksa ditempuhi,
amat perit jalan yg dilalui namun terpaksa diharungi,
kini ku sedar betapa berharganya permata yg tiada bandinganya,
kiniku sedar mahligai itu amat sukar dicari ganti,
nilai kasih sayangnya jauh bernilai berbanding mutiara.

kini ku sedar keperitan yg diharungi terpaksa ditempuhi mekipun jalan berliku,
ku pohon pada NYA moga dirimu ditempatkan ditempat mereka yg beriman,
moga dirimu beroleh ketenangan dialam sana,
yakin dan pasti diriku bakal menyusuli kepergian dirimu,
salam sayang rindu dari anakmu.

Dengarlah coretan diriku sekadar berkongsi pengalaman yg diriku lalui, kerana ku percaya setiap kita mempunyai pengalaman yg berbeza-beza,
buat mereka yg masih mempunya BONDAH tercinta, sayangilah ia.
jangan biarkan airmata mengalir di pipinya,
biarlah terukir sentiasa senyuman diwajahnya,
gembirakan hatinya selagi kita punya kesempatan yg cukup sedikit ini,
kerana kupercaya segalah leteran yg diberikan itulah yg kita akan kenang buat selmanya.

kita akan rindu setiap detik,
waktu dimarah dan sebagainya,
inilah kehidupan sebuah perjanlnan yg terpaksa kita lalui,
mungkin anda turut melalu apa yg saya lalui ini,
sy berharap agar kita tabahkan hati dgn dugaan yg menimpa kita,
kerana Allah mencatat hikmah terbaik buat hambanya yg sabar,
Inilah Cara Allah mentarbiah manusia dgn kehilangan,kebimbangan, kesakitan,kephayaan dan bermacam-macam lg dugaan,
oleh itu kuatkan iman teguhkan kesabaran dijiwa kita,
moga beroleh kebahagian yg hakiki,
Salam syg buat bonda tercinta.

Friday, 11 May 2012

Disebalik senyuman...

senyumanlah yang selalu menjadikan seseorang itu di sayangi.senyuman dapat mengubah hati seseorang yang dahulunya musuh ketat menjadi teman yang setia.
ketika keseorangan, senyuman dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Ketika di sisikan, senyumanlah yang menjadi teman hati yang setia. Ketika di pinggirkan, senyuman jugalah menjadi penawar dikala duka.
senyuman tidak pernah menipu sebab ia tidak pandai menipu! Kita semua dapat lihat perbezaan antara senyuman yang jujur dengan senyuman yang disengajakan.
senyuman tidak pernah menyakitkan hati seseorang melainkan orang itu sendiri yang tidak pernah menghargai erti sebuh senyuman.
senyman adalah sedekah yang paling murah, jangan pernah memandang kecil pada sebuah senyuman kerana tanpa senyuman dunia akan hilang serinya..^_^