Thursday 21 June 2012

KEHILANGAN SEBUAH MAHLIGAI..


Hari ini genaplah 3 tahun diriku kehilangan mahligai yang amat berharga,
hidup yg ku lalu kini bagi pantai yg sentiasa dilambung ombak,
meniti saat bersama dirimu terkenang sewaktu titisan airmata membasahi pipi tika itu,
kini ku sedar bahawa titisan airmata itu lah menjadi tanda tika diriku mencium dan memeluk dirimu adalah detik terakhir diriku mengucup tangan dan dahimu. 

Dikau pergi tanpa kerelaan diriku, 
dikau pergi tanpa pesanan, 
dikau pergi bersama penderitaan,
dikau pergi bersama harapan yg menggunung,
dikau pergi tanpa diriku dapat menatap wajah sucimu,
airmata menjadi peneman dikala diriku merinduimu,
kesempatan yg ku peroleh adalah menatap makammu,
meniti detik yg indah mustahil berulang kembali.

ku panjatkan padamu Ya Allah berilah keampunan padanya,
tempatkanya ditempat yg mulia, ampunkan segala dosanya,
peliharalah ia sepertimana yg mendidik dan menjagaku dengan penuh kasih sayang,
abadikanlah segenap memori kami bersama moga luhur kasiku padanya,
Kini ku tahu bagaimana perasaan kehilangan insan yg cukup istimewa dalam diri kita.

kini ku rasa bagaimana kehilangan dirinya,
kini ku sedar kepahitan, penderitaan yg terpaksa ditempuhi,
amat perit jalan yg dilalui namun terpaksa diharungi,
kini ku sedar betapa berharganya permata yg tiada bandinganya,
kiniku sedar mahligai itu amat sukar dicari ganti,
nilai kasih sayangnya jauh bernilai berbanding mutiara.

kini ku sedar keperitan yg diharungi terpaksa ditempuhi mekipun jalan berliku,
ku pohon pada NYA moga dirimu ditempatkan ditempat mereka yg beriman,
moga dirimu beroleh ketenangan dialam sana,
yakin dan pasti diriku bakal menyusuli kepergian dirimu,
salam sayang rindu dari anakmu.

Dengarlah coretan diriku sekadar berkongsi pengalaman yg diriku lalui, kerana ku percaya setiap kita mempunyai pengalaman yg berbeza-beza,
buat mereka yg masih mempunya BONDAH tercinta, sayangilah ia.
jangan biarkan airmata mengalir di pipinya,
biarlah terukir sentiasa senyuman diwajahnya,
gembirakan hatinya selagi kita punya kesempatan yg cukup sedikit ini,
kerana kupercaya segalah leteran yg diberikan itulah yg kita akan kenang buat selmanya.

kita akan rindu setiap detik,
waktu dimarah dan sebagainya,
inilah kehidupan sebuah perjanlnan yg terpaksa kita lalui,
mungkin anda turut melalu apa yg saya lalui ini,
sy berharap agar kita tabahkan hati dgn dugaan yg menimpa kita,
kerana Allah mencatat hikmah terbaik buat hambanya yg sabar,
Inilah Cara Allah mentarbiah manusia dgn kehilangan,kebimbangan, kesakitan,kephayaan dan bermacam-macam lg dugaan,
oleh itu kuatkan iman teguhkan kesabaran dijiwa kita,
moga beroleh kebahagian yg hakiki,
Salam syg buat bonda tercinta.