Saturday 23 February 2013

Mahalnya Airmata Seorang Lelaki

Air mata lelaik mahal nilainya. Lelaki tidak mudah menitiskan airmata meskipun perasaan dibelenggu kesedihan, kebingungan yang mengepung jiwa sanubari. Mata tidak mudah menitiskan airmat bila panik mencekik, bila masalah kunjung tiba, bila segala macam badai datang melanda. Tetapi selalunya airmata akan menitis perlahan saat dihambat dalam kerinduan. kedukaan dalam kehilangan. menyepi dalam kepasrahan.
bertaubat di atas jutaan kilaf yang dilakukan.


Tidak sembarangan org dapat mendengar luahan hati seorang lelaki. Begitu jua mendengar masalahnya. Bagi lelaki menyimpan masalah adalah lebih baik daripada terbuka lorong hati untuk berkongsi soal peribadi. Cerita? Bila-bila sahaja kerana selalunya lelaki hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian dgn org yang diajak berkongsi. Malah lelaki hanya berkongsi dgn org yg paling dipercayai.


Berbeza dgn wanita. Hatinya tidak punya kekuatan menahan pelbagai persoalan yg melanda?. bercerita, berkongsi, adalah hal yang sering mereka lakukan, malahan ada yang menganggap perkara biasa bg wanita. Amat sulit bg seorg wanita utk menyembunyikan perasaan yang dirasakan.


Perasaan itu termasuklah perasaan suka-duka, benci-sayang, derita-bahagia, sedihb dan seumpamanya yang selalu terdetik dalam naluri seorang wanita. Wanita lebih suka berbicara soal hati dan perasaan, soal memiliki dan dimiliki.


Air mata bg wanita adalah sebuah cara utk mengungkapkan perasaan, bahagia, derita, suka, duka bahkan luka. Selalunya terpancar pd linangan air mata dan isakan tangis seorang wanita. Apabila terjadi hal sedemikian mereka hanya mahu didengari dan diperhati. Mahu dibantu dan diakui keberadaanya. Dan memerlukan sandaran yg dapat menguatkan demi meneruskan langkah kehidupan...




~ AIRMATA BUKAN SANDIWARA ~

No comments:

Post a Comment