Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013..

Tanya sama Hati     
Mana Letaknya Iman
 Nanti Jawab Hati Tanyalah Badan...




Assalamualaikum, lama rasanya tak update blog. Sedar tak sedar kita diambang penghujung tahun 2012. Moga kenangan lalu menjadi iktibar buat kita untuk bangkit memperbaiki diri pada tahun akan 2013. Berkata bijak pandai, "Nikmat dunia tidak pernah habis dikejar. Biarpun dunia berlari. Sudah tiba masanya untuk kita berjalan bagi mengutip segala amal yang tertinggal. Dan sudah tiba masanya  kita harrus membuang kotoran dalam diri kita agar kelak tidak menjadi bebanan di Padang mashyar.


Sedarlah kita, tanah yang kita pijak ini kepunyaan Allah, Langit tempat kita berpayung juga kepunyaan Allah, udara yang kita hirup juga kepunyaan Allah. Andainya kita pernah berbuat murka. Sudah sampai masanya untuk kita berhijrah menampal segala kekurangan diri. Alhamdulillah dalam pada masa sama Allah masih membenarkan kita untuk membuka lembaran baru di muka bumi ini. 


Sedikit renungan hati, berpegang pada hati sahaja tidak cukup kerana hati itu sifatnya berbolak-balik. syariat mengariskan agar kita berpegang pada akidah yang menjadi benteng hati untuk menghalang hati mengeluarkan percakapan yang berbentuk kejahatan. Panduan syariat bersifat pasti akan dapat membimbing hati ke arah kebaikan yang hakiki.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“ketauhilah bahawa di dalam badan kita ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketauhilah, itulah hati” HR Bukhari dan Muslim. 


Melalu hadis ini dapatlah kita fahami bahawa hati adalah raja. Jika baik hati kita, Insyallah seluruh anggota badan kita akan menerima perintah baik dan begitulah sebaliknya...
                   


Peliharalah Hati 
Jaga Diri, Hiasi Peribadi
 Selamat Tahun Baru 2013...