Saturday 31 August 2013

56th Merdeka Day Celebration




Assalamualaikum, Salam Kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah kita masih lagi mengecapi nikmat keamanan dan keharmonian. Bersyukur atas limpahan kurnia yang kita miliki. Moga nikmat ini akan terus berkekalan. Sambutan kali ini bertemakan "Malaysiaku Berdaulat".


Saban tahun seluruh rakyat malaysia akan mengadakan sambutatan hari kebangsaan di negeri masing-masing. Pelbagai kategori yang  dipertandingkan pada hari tersebut. Bagi peringkat negeri Sabah seramai 257 kategori termasuk badan bukan kerajaan NGOs, badan-badan kerajaan & Swasta, pelajar sekolah rendah & menengah, pelajar IPT & Kemahiran, badan berunifom & sukarela.


Sambutan hari kebangsaan turut di meriahkan lagi dengan kehadiran TYT Tun Hj Juhar Bin Mahiruddin dan Isteri, Ketua Menteri Sabah, Datuk seri panglima Musa Bin Hj Aman dan isteri serta seluruh kabinet yang hadir.


Alhamdulillah, bagi katogeri pengajian tinggi dan kemahiran Komander Kesatria UiTM Sabah merangkul tempat pertama, di susuli Institut Perguruan Maktab Gaya dan di ikuti oleh Kimanis Traning Centre dan tahniah di ucapkan kepada komander kesatria UiTM sabah atas kemenangan. Tahniah jua di ucapkan kepada semua pemenang. Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia.


Hargailah keamanan yang kita miliki, pertahankan kedaulatan negara & bangsa kita. Memetik kata Tun M, "Melayu Mudah Lupa, Ingatlah wahai bangsaku jangan mudah lupa lagi kerana perjuangan kita belum selesai". Begitu besarnya jiwa seorang negarawan ulung.




PERBARISAN KOMANDER KESATRIA UiTM SABAH