Monday 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013..

Tanya sama Hati     
Mana Letaknya Iman
 Nanti Jawab Hati Tanyalah Badan...




Assalamualaikum, lama rasanya tak update blog. Sedar tak sedar kita diambang penghujung tahun 2012. Moga kenangan lalu menjadi iktibar buat kita untuk bangkit memperbaiki diri pada tahun akan 2013. Berkata bijak pandai, "Nikmat dunia tidak pernah habis dikejar. Biarpun dunia berlari. Sudah tiba masanya untuk kita berjalan bagi mengutip segala amal yang tertinggal. Dan sudah tiba masanya  kita harrus membuang kotoran dalam diri kita agar kelak tidak menjadi bebanan di Padang mashyar.


Sedarlah kita, tanah yang kita pijak ini kepunyaan Allah, Langit tempat kita berpayung juga kepunyaan Allah, udara yang kita hirup juga kepunyaan Allah. Andainya kita pernah berbuat murka. Sudah sampai masanya untuk kita berhijrah menampal segala kekurangan diri. Alhamdulillah dalam pada masa sama Allah masih membenarkan kita untuk membuka lembaran baru di muka bumi ini. 


Sedikit renungan hati, berpegang pada hati sahaja tidak cukup kerana hati itu sifatnya berbolak-balik. syariat mengariskan agar kita berpegang pada akidah yang menjadi benteng hati untuk menghalang hati mengeluarkan percakapan yang berbentuk kejahatan. Panduan syariat bersifat pasti akan dapat membimbing hati ke arah kebaikan yang hakiki.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“ketauhilah bahawa di dalam badan kita ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ketauhilah, itulah hati” HR Bukhari dan Muslim. 


Melalu hadis ini dapatlah kita fahami bahawa hati adalah raja. Jika baik hati kita, Insyallah seluruh anggota badan kita akan menerima perintah baik dan begitulah sebaliknya...
                   


Peliharalah Hati 
Jaga Diri, Hiasi Peribadi
 Selamat Tahun Baru 2013...

Thursday 21 June 2012

KEHILANGAN SEBUAH MAHLIGAI..


Hari ini genaplah 3 tahun diriku kehilangan mahligai yang amat berharga,
hidup yg ku lalu kini bagi pantai yg sentiasa dilambung ombak,
meniti saat bersama dirimu terkenang sewaktu titisan airmata membasahi pipi tika itu,
kini ku sedar bahawa titisan airmata itu lah menjadi tanda tika diriku mencium dan memeluk dirimu adalah detik terakhir diriku mengucup tangan dan dahimu. 

Dikau pergi tanpa kerelaan diriku, 
dikau pergi tanpa pesanan, 
dikau pergi bersama penderitaan,
dikau pergi bersama harapan yg menggunung,
dikau pergi tanpa diriku dapat menatap wajah sucimu,
airmata menjadi peneman dikala diriku merinduimu,
kesempatan yg ku peroleh adalah menatap makammu,
meniti detik yg indah mustahil berulang kembali.

ku panjatkan padamu Ya Allah berilah keampunan padanya,
tempatkanya ditempat yg mulia, ampunkan segala dosanya,
peliharalah ia sepertimana yg mendidik dan menjagaku dengan penuh kasih sayang,
abadikanlah segenap memori kami bersama moga luhur kasiku padanya,
Kini ku tahu bagaimana perasaan kehilangan insan yg cukup istimewa dalam diri kita.

kini ku rasa bagaimana kehilangan dirinya,
kini ku sedar kepahitan, penderitaan yg terpaksa ditempuhi,
amat perit jalan yg dilalui namun terpaksa diharungi,
kini ku sedar betapa berharganya permata yg tiada bandinganya,
kiniku sedar mahligai itu amat sukar dicari ganti,
nilai kasih sayangnya jauh bernilai berbanding mutiara.

kini ku sedar keperitan yg diharungi terpaksa ditempuhi mekipun jalan berliku,
ku pohon pada NYA moga dirimu ditempatkan ditempat mereka yg beriman,
moga dirimu beroleh ketenangan dialam sana,
yakin dan pasti diriku bakal menyusuli kepergian dirimu,
salam sayang rindu dari anakmu.

Dengarlah coretan diriku sekadar berkongsi pengalaman yg diriku lalui, kerana ku percaya setiap kita mempunyai pengalaman yg berbeza-beza,
buat mereka yg masih mempunya BONDAH tercinta, sayangilah ia.
jangan biarkan airmata mengalir di pipinya,
biarlah terukir sentiasa senyuman diwajahnya,
gembirakan hatinya selagi kita punya kesempatan yg cukup sedikit ini,
kerana kupercaya segalah leteran yg diberikan itulah yg kita akan kenang buat selmanya.

kita akan rindu setiap detik,
waktu dimarah dan sebagainya,
inilah kehidupan sebuah perjanlnan yg terpaksa kita lalui,
mungkin anda turut melalu apa yg saya lalui ini,
sy berharap agar kita tabahkan hati dgn dugaan yg menimpa kita,
kerana Allah mencatat hikmah terbaik buat hambanya yg sabar,
Inilah Cara Allah mentarbiah manusia dgn kehilangan,kebimbangan, kesakitan,kephayaan dan bermacam-macam lg dugaan,
oleh itu kuatkan iman teguhkan kesabaran dijiwa kita,
moga beroleh kebahagian yg hakiki,
Salam syg buat bonda tercinta.

Friday 11 May 2012

Disebalik senyuman...

senyumanlah yang selalu menjadikan seseorang itu di sayangi.senyuman dapat mengubah hati seseorang yang dahulunya musuh ketat menjadi teman yang setia.
ketika keseorangan, senyuman dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Ketika di sisikan, senyumanlah yang menjadi teman hati yang setia. Ketika di pinggirkan, senyuman jugalah menjadi penawar dikala duka.
senyuman tidak pernah menipu sebab ia tidak pandai menipu! Kita semua dapat lihat perbezaan antara senyuman yang jujur dengan senyuman yang disengajakan.
senyuman tidak pernah menyakitkan hati seseorang melainkan orang itu sendiri yang tidak pernah menghargai erti sebuh senyuman.
senyman adalah sedekah yang paling murah, jangan pernah memandang kecil pada sebuah senyuman kerana tanpa senyuman dunia akan hilang serinya..^_^



Sunday 15 April 2012

Pada hari ini berkesempatan menjadi peserta Minggu Saham Amanah Malaysia(MSAM) 2012 anjuran satu syarikat terkemuka iaitu Sime Darby.antara yang terlibat saya sendiri dan rakan-rakan yang terdiri daripada komaner kesatria Uitm cawangan sabah. rasional kami menyertainya adalah sebab mahu menang. malangnya ianya hanya satu majlis amal. "semangat sudah tuh kami semua mau beraksi, namun event tu hanya sekadar berjalan sahaja. nama juga "sime darby rhino walk" kan. hehe tapi tidak apa. kami sentiasa bangga semangat berpasukan kami kuat!!! mampu lah kan. dapat baju, topi, sijil, baucar dan lain-lain. lepas Dari sana apa tunggu lg singgah terus Makan KFC ramai-ramai. congrtes buat semua yang terlibat... !!!. Alhamdulillah dapat jua sedikit manfaat drpd event ini.. bersyukur apa adanya....Heheh.. Ya Allah peliharalah perpaduan antara kami dan berilah kami kekuatan pada tiap ketika utk mengingatiMU dan melaksanakan tuntutanMu... moga Allah memberi kejayaan kita di dunia dan akhirat kelak.. Amin..






Adie, Yurieka, Shuaib, Wazlan, Kak Seang & Morrisho











SaHrI n AdiE









Komander Uitm sabah


Pasangan Bahagia!!! hehhe..




makan KFC bah...

Comel & Jelita




Keindahan Alam semula jadi




MERINDUIMU YANG HILANG

MerinduiMU yang Hilang


kini kau dan aku jauh,
melangkah kearah keangkuhan diri,
tanpa menegur mahupun menyapa,
bagaikan tak perna kenal,
melakar sesuatu melangka perjuangan,sewaktu dibangku sekolah,

Ku singkap memori tentang kisah dulu,
agar kau mengerti betapa diri ku merindui dirimu,
dan diantara kita penuh dengan kisah, cerita, suka dan duka,
namun ianya hanya tinggal kenangan yg kini ku cari ditelan sang bayu yang sentiasa berpuput dalam keegoan,
di sini awan mendung seringkali bertandang di kala aku terkenangkan dirimu yang telah pergi,
sementara aku masih di sini mencari-cari jalur pelangi indah,
yang inginku coretkan dalam renteten hidupku.

Ku singkap memori tentang kisah dulu,
agar kau mengerti betapa diri ku merindui dirimu,
dan diantara kita penuh dengan kisah, cerita, suka dan duka,
namun ianya hanya tinggal kenangan yg kini ku cari ditelan sang bayu yang sentiasa berpuput dalam keegoan,
di sini awan mendung seringkali bertandang di kala aku terkenangkan dirimu yang telah pergi,
sementara aku masih di sini mencari-cari jalur pelangi indah,
yang inginku coretkan dalam renteten hidupku.

Ku singkap memori tentang kisah dulu,
agar kau mengerti betapa diri ku merindui dirimu,
dan diantara kita penuh dengan kisah, cerita, suka dan duka,
namun ianya hanya tinggal kenangan yg kini ku cari ditelan sang bayu yang sentiasa berpuput dalam keegoan,
di sini awan mendung seringkali bertandang di kala aku terkenangkan dirimu yang telah pergi,
sementara aku masih di sini mencari-cari jalur pelangi indah,
yang inginku coretkan dalam renteten hidupku....

Dalam diri ada suatu yg hilang,
kemesraan antara kau dan aku,
ianya semakin hari semakin hambar,
ditelan waktu yg cemburu...


Saturday 14 April 2012

1st entry..

"Jadilah seperti batu yang tetap teguh bertahan walaupun dihentam oleh air yang deras dari pelbagai sudut. Jadilah juga kita seperti air yang akan tetap maju terus ke hadapan tanpa pernah menghiraukan sebanyak mana halangan daripada ribuan batu yang menghadang laluannya."