Monday, 23 December 2013

"Farewell Party" at Kg Nelayan.

Ku gamit keindahan semalam





Kerana Cinta, daku berkorban

ku relakan tomahan terlempar

kerana cinta daku terpaksa

kerana cinta jua daku melontar kata

dalam nada insan terluka

meluah rasa, menghiris jiwa

semuanya kerana cinta.



Cinta itu milik Tuhan

penuh kenikmatan

penuh keajaiban

penuh kesakitan

penuh keharmonian

namun kemestian "cinta" menjadi keperluan

tanpa cinta pincanglah dunia.




Kak Saeng & Kak ira










































Kanda & dinda

































<3 td="">




<3 td="">










<3 td="">



















Izinkan diri ku mengenali diri mu,
kali ini dan buat selamanya.
Moga rasa ini kan abadi.


Tuesday, 3 September 2013

Cinta & Kasih Memugar Kehidupan



Hidup ini dibina atas cinta dan rahmat. Nilai cinta dan kasih sayang, tanpa nilai ini maka hancurlah kehidupan.

 Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu, semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat dilubuk hatiku. Segala pemberianmu kini menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di mana kita berpijak, aku dapat melhat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita.


Terima kasih atas doronganmu untuk aku berada dijalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampuku hindari, setiap detik besamamu menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidak pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwaku sama sepertimu.


Namun aku mengerti mimpiku tak mungkin jadi kenyataan kerana mustahil bagiku mengapai bintang di langit untukku hadiakan kepadamu. Kau yang menjadi idaman ramai pasti di hadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan redho dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tak akan menyesali fitrah diri.
Percayalah walaupun kau tiada di sisi jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamamu dan untuk kali tarakhirnya, izinkan aku mengucapkan kalimah yang tak mampuku ungkapkan di hadapanmu selama ini. Aku sayang padamu.

Saturday, 31 August 2013

56th Merdeka Day Celebration




Assalamualaikum, Salam Kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah kita masih lagi mengecapi nikmat keamanan dan keharmonian. Bersyukur atas limpahan kurnia yang kita miliki. Moga nikmat ini akan terus berkekalan. Sambutan kali ini bertemakan "Malaysiaku Berdaulat".


Saban tahun seluruh rakyat malaysia akan mengadakan sambutatan hari kebangsaan di negeri masing-masing. Pelbagai kategori yang  dipertandingkan pada hari tersebut. Bagi peringkat negeri Sabah seramai 257 kategori termasuk badan bukan kerajaan NGOs, badan-badan kerajaan & Swasta, pelajar sekolah rendah & menengah, pelajar IPT & Kemahiran, badan berunifom & sukarela.


Sambutan hari kebangsaan turut di meriahkan lagi dengan kehadiran TYT Tun Hj Juhar Bin Mahiruddin dan Isteri, Ketua Menteri Sabah, Datuk seri panglima Musa Bin Hj Aman dan isteri serta seluruh kabinet yang hadir.


Alhamdulillah, bagi katogeri pengajian tinggi dan kemahiran Komander Kesatria UiTM Sabah merangkul tempat pertama, di susuli Institut Perguruan Maktab Gaya dan di ikuti oleh Kimanis Traning Centre dan tahniah di ucapkan kepada komander kesatria UiTM sabah atas kemenangan. Tahniah jua di ucapkan kepada semua pemenang. Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia.


Hargailah keamanan yang kita miliki, pertahankan kedaulatan negara & bangsa kita. Memetik kata Tun M, "Melayu Mudah Lupa, Ingatlah wahai bangsaku jangan mudah lupa lagi kerana perjuangan kita belum selesai". Begitu besarnya jiwa seorang negarawan ulung.




PERBARISAN KOMANDER KESATRIA UiTM SABAH











Thursday, 13 June 2013

Mahligai berharga.

Rindunya padamu.

Genaplah 4 tahun kehilangan seorang insan agung yang mendidik dan membawa ku mengenal apa itu dunia.
Ku selalu dambakan dakapan kasih sayang seorang ibu, selalu bermohon harap agar Tuhan mempertemukan kita meskipun seketika.

Menitis airmata mengimbau kisah silam
terngial-ngial dibenak fikiran saat itu
seakan dirimu masih disamping miskipun hakikatnya sudah tiada lagi.
itulah kemestian yang aku harus tempuhi
menerima suratan takdir yang tertulis sejak azali.


Syukur dipanjatkan atas kurniaan seorang ibu yang santun budinya
luhur peribadinya, indah tutur katanya, manis bicaranya.
Tiada bandingan, tiada penganti,
engkau istimewa dan 1001 alasan untuk kami terus memahat namamu dihati.


Coretan ini sekadar berkongsi rasa hati,
tidak dapat digambarkan dengan apa sekalipun.
buat anda yang masih punya ibu
hargai, sayangi dan berbaktilah pada ibu.
kerana kasihnya ibu membawah kesyurga.

Ya Allah ampuni dosa bondaku, rahmatilah ia, berilah keampunan kepadanya,
selamatkanlah dia dari seksa kubur dan azab akhirat.
Cucurilah rahmat keatasnya.

Allah mentarbiah manusia dengan pelbagai cara,
menguji keimanan hamba-NYA.
Bersabarlah atas segala tarbiah yang menimpa pasti Allah letak hikmah yang besar buat kita. 

Salam sayang dan rindu buat Bonda. AL-FATIHAH.

Thursday, 25 April 2013

Jelajah Kundasang & Ranau

Explore Kundasang & Ranau

Menjelajah bersama siblings komander di sekitar ranau dan kundasang. Pengalaman yang mencuit hati. 

Ardy Azwin
Noorazilah Noorsalin
Farrah Nadia
Samsir
Nordiana Alizah
Noradilah Osman
Nuraqilah Hazirah
Nurmasyitah Syafinah
Al-Rabiah
Amal Hurul Ain
Mohd Shuaib Mohd Najib


Starting point at kundasang "WAR MEMORIAL PARK"

Tersimpan sejuta sejarah dalam 'War Memorial Park' ini. 























Next point at "Desa Dairy Farm"


















Third point at "CANOPY WALK, PORING RANAU"
















Last point at "LUANTI, RANAU"

























Selangkah menjelajah bumi Allah terasa keagungan ciptaan-Nya. Maha suci Allah atas keagungaNya menciptakan alam kedemikian rupa.

Terasa kerdilnya kita sebagai hamba pada sang pencipta. Moga perjalanan @ jelajah ini mendekatkan kita pada-Nya. Menjalin silaturahim adalah satu tuntutan dalam agama. Indahnya hidup dalam sebuah masyarakat.

Next jelajah Insyallah LABUAN.

Sejambak mawar seharum kasturi buat pembaca blog sekalian.