Thursday 1 May 2014

KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE 2014




Alhamdulillah pada anjuran KKEC kali ini Komander Kesatria UiTM Cawangan Sabah telah mempertahankan kejuaraan ditempat ketiga bagi keseluruhan. Sebelum ini, iaitu pada anjuran tahun 2013 yang berlangsung di Dungun, Terengganu Komander Kesatria UiTM Sabah memperolehi tempat ketiga bagi keseluruhan.


Pada Tahun ini UiTM Cawangan Kedah menjadi tuan rumah bagi kejohanan KKEC. Alhamdulillah, diberi kesempatan bagi mewakili Komander Sabah dalam KKEC ini dan berjaya  menjejakkan kaki dibumi Kedah yang dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi.


Komander Kesatria Endurance Challenges 2014 berangsung pada 26-29 April.











Tuesday 25 March 2014

MH370



Gambar Sekadar Hiasan

MH370


Sayu terasa melihat kesedihan yang ditanggung keluarga terbabit dan tiada kata-kata dapat meredakan kesedihan yang mereka alami.


Peristiwa yang penuh misteri ini mengundang pelbagai spekulasi dari segenap pelusuk dunia. #MH370 seluruh dunia mendoakan kesejahteraan 239 mereka yang meniki MH370 di mana hari demi hari dipenuhi dengan pengharapan agar MH370 kembali semula.


Bukan mudah menerima hakikat kehilangan MH370 yang berakhir di Latuan Hindi. Meruntum jiwa keluarga, sahabat dan seluruh jiwa yang berhati murni. Namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya. 


Redha atas suratan takdir, semua yang berlaku mengundang hikmah yang kita tidak tahu apa di sebalik semua ini? "Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua tempat kembali".


Meruntum jiwa, sebak hati apabila mendengar sidang media PM Malaysia Najib Razak di PWTC.
Memetik kenyataan beliau "With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean". (Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi).

Definitely a sad day for all of us. May Allah give strength to the families and also to relatives of those involved MH370. 


Our prayers are with the families of those on board MH370 through this very trying period. We share your pain.


Malaysia is our county, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.'Jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat namun tonjolkanlah budaya kita sebagai Malaysia yang terkenal dengan tradisi KEMELAYUAAN. Utamakan jati diri negara kita.


Jutaan penghargaan kepada mereka yang terbabit dalam misi mencari MH370.




Friday 27 December 2013

Seloka Komander UiTM Sabah

Seloka Komander UiTM Sabah





Assalammualaikum dan salam sejahtera
Kepada semua para pembaca
Seloka ini khas ku cipta
Buat Komander UiTM Sabah



Orangnya tegas lagi disegani
Bila marah semacam singa
Khairun Hafizan nama diberi
Bila senyum cair di buatnya



Orangnya macho siapa tak kenal?
‘Kanda’ digelar si buah hati
Ardy Azwin memang terkenal
Menjadi presiden Persatuan Kami



Tampan orangnya berjiwa mesra
Pabila mengajar tak pernah leka
Abdul Aziz Lai itulah dia
Menjadi inspirasi comel orangnya



Orangnya peramah suka bersenda
Gadis ayu bertudung pula
Mudah ketawa baik orangnya
Dayangku Norazilah siapa empunya?



Orangnya tinggi cantik berseri
Sangat aktif dalam bersukan
Amida kaharudin empunya diri
Menjadi PA Norazilah Norsalin



Orangnya hendsome tampan menawan
Terpikat hati juga si ‘Kawan’
Bila ditanya tiada jawapan
Suriadi Rudi Salam menjadi bualan



Kalau menguluk nombor satu
Apalagi kalau menyampuk
Siapa tak kenal Si Samsir itu
Sudah gayanya inda boleh ditapuk!



Sering diusik tetap imanya
Namun akhirnya meletup jua
Noradilah Osman budaknya gila
Nampak je ayu, tapi Ya Allah!



Orangnya kilie-kilie pandai bergaya
Along digelar pada dirinya
Kalau menyanyi feel habis dia
Sazali Simun itu orangnya



Suka tersenyum itu sifatnya
Walau kemana tetap peramah
Prencess syg itu namanya
Fadhli Faisal pilihan hatinya.



Nana cocoy gelaran diri
Orangnya baik bijak bestari
Bila senyum uh manis sekali!
Membuatkan si Pijul terjatuh hati



Rozaini pendiam orangnya
Pandai pula bab agama
Ramai yang tertanya-tanya
Norziana siapa empunya?



Sekali terjumpa hantu galah
Lutut bergoyang ketiak pun basah
Mengumpat sudah menguluk pun sudah
Penghabisanya, alamak janganlah marah!



Saya pula gila orangnya
Kuat mengata kawan sediri
Minta maaf berjuta kali
Tidak dimaafkan kawan sediri?



Sekian sahaja seloka saya
Tangan dihulur maaf dipinta
Berlalu pergi mengundur langkah
Tersimpul erat jalinan kasih.


26/12/13 (ShuaibNajib)

Monday 23 December 2013

"Farewell Party" at Kg Nelayan.

Ku gamit keindahan semalam





Kerana Cinta, daku berkorban

ku relakan tomahan terlempar

kerana cinta daku terpaksa

kerana cinta jua daku melontar kata

dalam nada insan terluka

meluah rasa, menghiris jiwa

semuanya kerana cinta.



Cinta itu milik Tuhan

penuh kenikmatan

penuh keajaiban

penuh kesakitan

penuh keharmonian

namun kemestian "cinta" menjadi keperluan

tanpa cinta pincanglah dunia.




Kak Saeng & Kak ira










































Kanda & dinda

































<3 td="">




<3 td="">










<3 td="">



















Izinkan diri ku mengenali diri mu,
kali ini dan buat selamanya.
Moga rasa ini kan abadi.


Tuesday 3 September 2013

Cinta & Kasih Memugar Kehidupan



Hidup ini dibina atas cinta dan rahmat. Nilai cinta dan kasih sayang, tanpa nilai ini maka hancurlah kehidupan.

 Sebenarnya dalam diam aku menyanjungimu, semangat, nasihat dan pesananmu tetap tersemat dilubuk hatiku. Segala pemberianmu kini menjadi khazanah berharga buatku. Sepanjang kita menempuhi liku kehidupan di mana kita berpijak, aku dapat melhat betapa gigihnya perjuanganmu dalam mengejar cita-cita.


Terima kasih atas doronganmu untuk aku berada dijalan yang benar selama kita menjadi sahabat. Hari-hari yang pernah kulalui bersamamu tanpaku sedari timbul satu perasaan yang tidak mampuku hindari, setiap detik besamamu menjadi memori indah dalam hidupku. Aku tidak pasti adakah kau juga berperasaan sedemikian. Namun jauh di sudut hatiku mengatakan gelodak jiwaku sama sepertimu.


Namun aku mengerti mimpiku tak mungkin jadi kenyataan kerana mustahil bagiku mengapai bintang di langit untukku hadiakan kepadamu. Kau yang menjadi idaman ramai pasti di hadapkan dengan pelbagai pilihan. Sesungguhnya aku amat mengerti dan redho dengan ketentuan ini. Sikit pun aku tak akan menyesali fitrah diri.
Percayalah walaupun kau tiada di sisi jiwa dan semangatku akan sentiasa bersamamu dan untuk kali tarakhirnya, izinkan aku mengucapkan kalimah yang tak mampuku ungkapkan di hadapanmu selama ini. Aku sayang padamu.

Saturday 31 August 2013

56th Merdeka Day Celebration




Assalamualaikum, Salam Kemerdekaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah kita masih lagi mengecapi nikmat keamanan dan keharmonian. Bersyukur atas limpahan kurnia yang kita miliki. Moga nikmat ini akan terus berkekalan. Sambutan kali ini bertemakan "Malaysiaku Berdaulat".


Saban tahun seluruh rakyat malaysia akan mengadakan sambutatan hari kebangsaan di negeri masing-masing. Pelbagai kategori yang  dipertandingkan pada hari tersebut. Bagi peringkat negeri Sabah seramai 257 kategori termasuk badan bukan kerajaan NGOs, badan-badan kerajaan & Swasta, pelajar sekolah rendah & menengah, pelajar IPT & Kemahiran, badan berunifom & sukarela.


Sambutan hari kebangsaan turut di meriahkan lagi dengan kehadiran TYT Tun Hj Juhar Bin Mahiruddin dan Isteri, Ketua Menteri Sabah, Datuk seri panglima Musa Bin Hj Aman dan isteri serta seluruh kabinet yang hadir.


Alhamdulillah, bagi katogeri pengajian tinggi dan kemahiran Komander Kesatria UiTM Sabah merangkul tempat pertama, di susuli Institut Perguruan Maktab Gaya dan di ikuti oleh Kimanis Traning Centre dan tahniah di ucapkan kepada komander kesatria UiTM sabah atas kemenangan. Tahniah jua di ucapkan kepada semua pemenang. Berbanggalah kita menjadi rakyat Malaysia.


Hargailah keamanan yang kita miliki, pertahankan kedaulatan negara & bangsa kita. Memetik kata Tun M, "Melayu Mudah Lupa, Ingatlah wahai bangsaku jangan mudah lupa lagi kerana perjuangan kita belum selesai". Begitu besarnya jiwa seorang negarawan ulung.




PERBARISAN KOMANDER KESATRIA UiTM SABAH











Thursday 13 June 2013

Mahligai berharga.

Rindunya padamu.

Genaplah 4 tahun kehilangan seorang insan agung yang mendidik dan membawa ku mengenal apa itu dunia.
Ku selalu dambakan dakapan kasih sayang seorang ibu, selalu bermohon harap agar Tuhan mempertemukan kita meskipun seketika.

Menitis airmata mengimbau kisah silam
terngial-ngial dibenak fikiran saat itu
seakan dirimu masih disamping miskipun hakikatnya sudah tiada lagi.
itulah kemestian yang aku harus tempuhi
menerima suratan takdir yang tertulis sejak azali.


Syukur dipanjatkan atas kurniaan seorang ibu yang santun budinya
luhur peribadinya, indah tutur katanya, manis bicaranya.
Tiada bandingan, tiada penganti,
engkau istimewa dan 1001 alasan untuk kami terus memahat namamu dihati.


Coretan ini sekadar berkongsi rasa hati,
tidak dapat digambarkan dengan apa sekalipun.
buat anda yang masih punya ibu
hargai, sayangi dan berbaktilah pada ibu.
kerana kasihnya ibu membawah kesyurga.

Ya Allah ampuni dosa bondaku, rahmatilah ia, berilah keampunan kepadanya,
selamatkanlah dia dari seksa kubur dan azab akhirat.
Cucurilah rahmat keatasnya.

Allah mentarbiah manusia dengan pelbagai cara,
menguji keimanan hamba-NYA.
Bersabarlah atas segala tarbiah yang menimpa pasti Allah letak hikmah yang besar buat kita. 

Salam sayang dan rindu buat Bonda. AL-FATIHAH.